Didi Astillah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey dengan sekali lafaz hari ini selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

Pasangan yang memilih bernikah di Hari Asyura itu dinikahkan jurunikah, Ustaz Mohammad Nazri.

Pada majlis bertemakan serba putih itu, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM300 sebagai simbolik penyatuan mereka sebagai suami isteri.

Pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang kepada pihak pengantin lelaki.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan tunang kepada kakak Didi, Bella Astillah.

Pada 11 Januari, mereka akhirnya bertunang dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.  – MalaysiaGazette

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan tunang kepada kakak Didi, Bella Astillah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast