MIPP umum tanding lima kerusi DUN pada PRN Johor dalam Majlis Pengumuman Calon di Dewan Raya Tiram, Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) umum tanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Perkara itu diumumkan presidennya, P. Punithan dalam Majlis Pengumuman Calon di Dewan Raya Tiram di sini malam tadi.

Menurut beliau, PRN Johor menjadi detik bersejarah buat parti tersebut memandangkan ia merupakan kali pertama mereka menyertai pilihan raya.

“Buat julung kalinya dalam sejarah, MIPP akan bertanding dan kami akan bertanding di bawah panji Perikatan Nasional (PN). Langkah ini amat bermakna buat MIPP.

“Hal ini mencerminkan pertumbuhan parti selain membuktikan bahawa para pemimpin Perikatan Nasional menaruh keyakinan terhadap keupayaan MIPP untuk bekerjasama demi membawa Johor ke arah masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Berikut senarai calon MIPP bagi PRN Johor ke-16:

N03: Pemanis – Dr A Arvind

N30: Paloh – D S Jeevakumar

N43: Permas – T Vela

N49: Kota Iskandar – S S Anna Pravina

N50: Bukit Permai – M Lina Manoh- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast