Emyr Nader Redza maut akibat terjatuh dari tingkat 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar, Pulau Pinang semalam.

BAYAN LEPAS – Kematian kanak-kanak lelaki berusia lima tahun selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 24 dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah unit kondominium di Teluk Kumbar di sini, semalam disebabkan faktor kecederaan akibat terjatuh dari tempat yang tinggi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, ia berdasarkan laporan bedah siasat dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.

“Doktor memaklumkan kecederaan yang dialami mangsa konsisten dengan keadaan jatuh dari tempat yang tinggi.

“Tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa dan kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 33(A) Akta Kanak-kanak 2001.

ARTIKEL BERKAITAN

Budak lelaki 5 tahun panjat kerusi sebelum jatuh dari tingkat 24

Gurauan pakai tudung jadi kenangan terakhir budak lima tahun jatuh kondominium

Media semalam melaporkan, orang awam menemui Emyr Nader Redza dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat lima kondominium tersebut selepas dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24.

Anuwal berkata, siasatan polis mendapati kejadian berlaku semasa bapa mangsa keluar sebentar atas urusan kerja, manakala ibunya berada di luar kawasan Pulau Pinang.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjaga daripada tidur sebelum memanjat sebuah kerusi yang berada berhampiran tingkap ruang tamu dan kemudiannya terjatuh.

Sementara itu, keluarga kepada kanak-kanak tersebut reda dengan pemergian anak bongsu mereka yang disifatkan sebagai ceria dan suka bergurau.

Bapa mangsa, Efwan Reza Rusdizal, 40, berkata anaknya, Emyr Nader Redza merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan mudah menghiburkan keluarga dengan gelagatnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast