Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa bercakap pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Keadilan Jalan Serampang, Tebrau. Foto SADIQ SANI, 27 JUN 2026.

JOHOR BAHRU – PKR akan memperhebatkan kempen menggalakkan anak Johor yang berada di luar negeri termasuk Singapura untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai depan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustapha berkata, usaha berkenaan telah pun dimulakan menerusi pelbagai siri kempen.

“Pemilihan hari pengundian pada hari Sabtu dijangka memudahkan lebih ramai pengundi pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Dalam setiap kempen, kita menyeru mereka yang berada di luar Johor supaya kembali mengundi.

“Kita juga menggalakkan ibu bapa di kampung menghubungi anak-anak mereka supaya pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Keadilan di sini, hari ini.

Zaliha juga berkata, kempen tersebut turut menyasarkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura selain mereka yang menetap di Kuala Lumpur, Melaka dan negeri-negeri utara Semenanjung.

“Peningkatan kadar keluar mengundi amat penting bagi memastikan mandat rakyat dapat diterjemahkan dengan lebih menyeluruh,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast