Calon Pakatan Harapan N.47 Kempas, Muhammad Faezuddin Mohd Puad bercakap semasa ditemubual ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Taman Seri Bahagia, Kempas. Foto SADIQ SANI, 29 JUN 2026.

JOHOR BAHRU – Penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai platform memprotes Pas dengan mengundi Pakatan Harapan (PH).

Calon PH di kerusi N.47 Kempas, Muhammad Faezuddin Mohd Puad berkata, ia susulan pendirian Pas meminta penyokongnya mengundi Barisan Nasional (BN) di kawasan tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) menunjukkan ketidakkonsistenan parti itu.

“Saya ingin memberikan sedikit saranan kepada pengundi Bersatu. Sebagai tanda protes terhadap apa yang Pas lakukan, undilah PH.

“Tunjukkan protes dan jangan beri peluang kepada Pas,” katanya pada sidang media selepas melakukan walkabout di sekitar Taman Bahagia, Kempas, di sini, hari ini.

Calon Pakatan Harapan N.47 Kempas, Muhammad Faezuddin Mohd Puad menyantuni penduduk tempatan sempena kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Taman Seri Bahagia, Kempas. Foto SADIQ SANI, 29 JUN 2026.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya berkata, menunaikan kewajipan politik Islam berkuasa memerintah hukumnya adalah wajib.

Sebelum ini angin bertiup kencang mengenai strategi licik BN Johor didakwa berpakat secara sulit dengan Pas dalam PRN Johor kali ini termasuk mengarahkan pengundi parti itu memenang calon BN di kerusi yang tidak ditandingi PN.

Faezuddin juga mendakwa, Pas dilihat sukar mengekalkan hubungan politik yang konsisten dengan mana-mana parti gabungan.

“Pas ini kalau kita tengok berkawan dengan semua orang dan juga bergaduh dengan semua orang.

“Mereka tidak mempunyai satu pakatan yang benar-benar kekal dan setia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast