Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

SPR dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu seperti yang diperuntukkan bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi PRN Johor ke-16.

“Pengeluaran kertas undi pos pada 29 Jun 2026 dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 56 kawasan Dewan Negeri.

“Kesemua 24,677 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 23,288 kategori Borang 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media), 1,044 kertas undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara), dan 345 kertas undi pos kategori Borang 1C (agensi/organisasi),” menurut kenyataan tersebut.

SPR memaklumkan, proses pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2)

Juga perlu segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus dewan negeri berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu pada 11 Julai 2026.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” jelas kenyataan berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast