KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pelajar wanita di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pertuduhan ke atas suspek yang berusia 20-an akan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pukul 9 pagi, katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini MalaysiaGazette melaporkan, seorang pelajar wanita warga asing berusia 20-an di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditemui maut di sebuah kondominium di Bandar Sunway, pada 23 Jun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar 11.03 pagi.
Susulan itu, katanya, seorang penuntut lelaki warga asing berusia 20-an dari IPTS yang sama telah bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
















