Kehadiran krew Malaysia Gazette di Johor Bahru bagi membuat liputan sempena Pilihan Raya Negeri dikejutkan dengan lambakan warga asing di Kampung Kangkar Tebrau.
Penduduk tempatan mendakwa sebahagian daripada mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti yang meresahkan, termasuk kegiatan perjudian, selain bersikap biadab sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.















