Foto FB FIFA World Cup.

AMERIKA SYARIKAT – Brazil bangkit menewaskan Jepun pada aksi pusingan 32 di Stadium Houston sebentar tadi untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026.

Ketika peminat bola sepak menjangkakan perlawanan bakal diheret ke masa tambahan, Gabriel Martinelli muncul wira Brazil apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan selepas rembatan jarak dekatnya terkena tiang sebelum menerjah jaring.

Sebelum itu, Jepun terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Kaishu Sano pada minit ke-29 sebelum Casemiro meledak gol penyamaan Brazil pada minit ke-56.

Brazil seterusnya akan bertemu pemenang perlawanan pusingan 32 antara Ivory Coast dan Norway yang akan berlangsung Rabu ini di New Jersey. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast