Syed Saddiq menjawab pertanyaan wartawan mengenai kemungkinan penglibatan beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan penangguhan keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Menurut beliau, fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan keadilan serta membersihkan nama, integriti dan maruahnya selepas melalui proses perundangan selama enam tahun.















