Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata JSPT menggesa syarikat pengangkutan melaksanakan ujian saringan dadah secara berkala terhadap pemandu sebagai langkah pencegahan awal bagi meningkatkan keselamatan jalan raya. Langkah itu disifatkan sebagai tanggungjawab bersama, susulan 135 tangkapan direkodkan hasil operasi bersepadu dari April hingga Jun 2026.















