Pengerusi Eksekutif Emas Sri Semantan Sdn Bhd, Mohamad Hafizal Hj Mahmood ketika merasmikan cawangan terbaharu di Bangi, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR  – Kedai Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS) kini mempunyai kilang emas sendiri di Puncak Alam dan dijangka beroperasi sepenuhnya Ogos ini.

Kilang berkenaan bakal menjadi antara tarikan unik syarikat kerana pelanggan dibenarkan melihat sendiri proses pengeluaran emas secara terbuka, kata Ahli Lembaga Pengarah KESS, Shaaini Md Jumaat.

“Sehingga kini komuniti pelanggan Sri Semantan Privilege Club (SSPC) telah menghimpunkan kira-kira 180,000 ahli yang menikmati pelbagai ganjaran termasuk mata ganjaran dan baucar yang boleh ditebus untuk mendapatkan emas sekali gus menggalakkan budaya pemilikan serta simpanan emas dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Shaaini, pihaknnya yang terkenal dengan slogan Soorga Emas Preloved juga menyasarkan untuk membuka antara 25 hingga 30 cawangan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, pembukaan cawangan ke-16 syarikat itu di Bandar Baru Bangi baru-baru ini merupakan langkah strategik bagi memenuhi keperluan pelanggan di kawasan Lembah Klang.

Majlis pembukaan cawangan baharu itu disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif KESS, Mohamad Hafizal Mahmood, dan turut hadir Ahli Lembaga Pengarah syarikat, Sharif Saman.

Shaaini berkata, walaupun Bangi terletak berhampiran Shah Alam, pembukaan cawangan tersebut mampu menampung peningkatan jumlah pelanggan yang sebelum ini terpaksa berulang-alik dari kawasan seperti Seremban dan Melaka untuk mendapatkan perkhidmatan di cawangan sedia ada.

Sempena pembukaan cawangan baharu itu, pelanggan ditawarkan potongan harga istimewa sebanyak RM20 bagi setiap gram emas yang dibeli selain berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta.

Mengulas mengenai prestasi syarikat, Shaaini berkata, pendapatan KESS meningkat lebih 60 peratus berbanding tahun lalu didorong oleh pembukaan lebih 15 cawangan baharu dalam tempoh empat hingga lima bulan kebelakangan ini.

Syarikat itu juga akan membuka cawangan ke-17 di Kemaman, Terengganu sebelum meneruskan pengembangan rangkaian ke Sungai Petani, Kedah pada bulan hadapan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast