ACP Sarudin Samah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki meliwat dan cabul dua pelajar sebuah kolej di Shah Alam, Selangor akhirnya ditahan polis, awal pagi tadi,

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 30-an itu dibuat di sebuah restoran di Shah Alam sekitar jam 12.01 tengah malam.

“Suspek telah ditahan selepas makan disalah sebuah restoran mamak di Shah Alam pada jam lebih kurang 12.01 tengah malam tadi,” katanya secara ringkas dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, polis telah menerima laporan daripada dua remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga pelajar sebuah kolej di sekitar Glenmarie, terhadap seorang pekerja di kolej sama.

Sarudin dilaporkan berkata, siasatan mendapati, mangsa pertama mendakwa dia dicabul ketika berada di tandas asrama kolej berkenaan.

“Manakala seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek yang sama di Seksyen 18, Shah Alam.

“Suspek kejadian yang berusia 30-an sudah dikenal pasti dan semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Susulan itu, kes pertama disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala satu lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Polis buru lelaki dipercayai liwat, cabul pelajar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast