Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra pada Program Kita Geng Madani x Anak Muda Bukit Batu di Bukit Batu, Kulai. Foto SADIQ SANI, 04 JULAI 2026.

KULAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedatangannya ke Johor ketika ini bukan untuk mencari gaduh tetapi unutk terus membantu rakyat di negeri ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, perubahan perlu dilakukan dan menerusi pilihan raya adalah cara untuk membantu rakyat melalui tawaran yang diberikan.

Katanya, kerajaan Persekutuan banyak membantu pembangunan dan kemajuan Johor menerusi peruntukan yang diberikan namun pada masa sama kesal kerana sehingga kini masih ada pihak yang melaga-lagakan antara kaum.

“Dia minta semua Cina gaduh sama Melayu. Kemudian, siapa untung? Ini orang atas untung. Dia suruh Melayu gaduh sama Cina, Cina marah Melayu, Melayu marah India.

“Kita gaduh sama-sama kita, yang besar-besar (orang atasan) sapu. Kita bukan bodoh. Apa pasal kita mahu bodoh? Ini election, cara kita mau tolong.

“Apa, Johor tak tolong? Ada tolong. Duit banyak pun kita bagi daripada Persekutuan. Tapi kadang-kadang mereka cakap sombong. Saya bukan datang untuk gaduh-gaduh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Kita Geng Madani Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika di sini hari ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir beramah mesra bersama anak muda pada Program GENk Madani di Taman Tropika, Kulai. Foto SADIQ SANI, 04 JULAI 2026.Dalam pada itu, Anwar berharap semua pihak faham  Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan mahu bergaduh sebaliknya menjaga polisi sedia ada.

“Jadi, saya harap kawan-kawan faham, bahawa ini election mahu jaga polisi. Bukan kita mahu gaduh parti-parti semua. Bukan.

“Saya (PH) menang Johor pun saya Perdana Menteri, kalah di Johor pun saya Perdana Menteri. Jadi, bukan saya sombong. Saya mau ingat sikitlah. You cakap cermat-cermat sikitlah. Wah, ini kalau orang cakap, lupa. Jangan,” katanya.

Katanya, rakyat perlu cerdik dan mengundi pilihan tepat supaya nasib anak cucu dan genrerasi akan datang slemat serta terpelihara.

Anwar secara berseloroh berkata, Johor tidak sabar untuk mengadakan PRN walaupun penggalnya masih belum tamat dan ada empat tahun lagi.

Kata Perdana Menteri; “Lagi cepat (buat PRN), lagi banyak dia ingat boleh menang. Eh, belum tentu. Lagi cepat, lagi banyak dia akan kalah!”

Jelasnya, Johor perlu fokus dalam isu perumahan rakyat seperti yang dilakukan kerajaan di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

Menurutnya, rumah-rumah kos rendah adalah bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan bukan kerajaan Persekutuan.

“Tetapi di Johor, rumah murah untuk rakyat, gerai-gerai untuk rakyat berniaga, itu kerajaan negeri punya bidang kuasa, bukan ‘federal’, jadi buatlah,” sindirnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast