Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama Calon PH N.27 Layang-Layang, Guna Balakrishnan ketika hadir pada Program PMX Santai Sarapan bersama Masyarakat DUN Layang-Layang di Warung Pak Din, Kampung Sahari, Simpang Renggam. Foto SADIQ SANI, 05 JULAI 2026.

KLUANG – Hampir 1,000 penduduk dan jentera Pakatan Harapan (PH) menyambut ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Warung Pak Din, Kampung Sahri, Simpang Renggam, di sini hari ini.

Perdana Menteri tiba pukul 8.40 pagi disambut dengan laungan reformasi oleh para penyokongnya.

Anwar yang juga Pengerusi PH meluangkan masa kira-kira 20 minit bersarapan bersama-sama penduduk yang juga tidak melepaskan peluang mengambil swafoto dengan Perdana Menteri.

Turut hadir calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nor Hafiz Roslan dan calon kerusi DUN Layang Layang, Guna Balakrishnan.

Hafiz akan berdepan pertandingan dua penjuru dengan Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Menteri Besar Johor (BN-UMNO).

Bala berdepan saingan tiga penjuru di kerusi DUN Layang-Layang membabitkan pertembungan dengan Chua Jian Boon (Barisan Nasional-MCA) dan Abd Mutalip Abd Rahim (Perikatan Nasional-Bersatu).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast