Ketua DHPP Pusat, Kumaresan BK

JOHOR BAHRU – Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) menyeru pengundi bukan Islam di Johor supaya keluar mengundi dan memberikan sokongan kepada calon-calon Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketuanya, Kumaresan BK berkata, setiap undi yang diberikan bukan sahaja menentukan wakil rakyat yang dipilih malah akan membentuk hala tuju negeri serta masa depan generasi akan datang.

Beliau berkata, Pas telah membuktikan komitmennya menerusi pentadbiran yang berteraskan integriti, kebertanggungjawaban, kebajikan rakyat serta menghormati kepelbagaian masyarakat majmuk di negara ini.

“Atas dasar itu, DHPP menyeru masyarakat bukan Islam supaya memberikan sokongan kepada calon-calon Pas yang bertanding pada PRN Johor.

“Pilihan raya bukan sekadar memilih wakil rakyat tetapi menentukan arah masa depan Johor. Justeru, gunakanlah hak mengundi dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumaresan berkata, DHPP selama ini memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan Pas dengan masyarakat bukan Islam melalui pendekatan dialog, persefahaman dan saling menghormati.

Menurutnya, pendekatan itu membuktikan Pas komited untuk mendengar pandangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, memperkukuh keharmonian dalam negeri.

Beliau berkata, persefahaman dan kerjasama antara masyarakat berbilang kaum merupakan asas penting dalam membina Johor yang aman, stabil dan makmur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.