Tembok di sebuah kediaman di Jalan 2/149D, Bandar Baru Sri Petaling dilaporkan rosak dalam kejadian tanah runtuh hari ini. FOTO JBPM KL. akibat tanah runtuh di

KUALA LUMPUR –  Tembok rumah sebuah kediaman di Jalan 2/149D, Bandar Baru Sri Petaling di sini dilaporkan rosak dalam kejadian tanah runtuh hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO KL) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.46 petang tadi.

Susulan itu katanya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi yang tiba jam 7 malam.

“Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK 1), Mohd Khairul Mohammad Rokhi berkata, setiba pasukan di tempat kejadian mendapati berlaku tanah runtuh di kawasan perumahan membabitkan tembok pagar kediaman dengan keluasan kira-kira 800 kaki persegi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan keadaan semasa di lokasi mendapati tiada lagi berlaku pergerakan tanah,” katanya.

Tambahnya, PGO KL telah memaklumkan berhubung kejadian itu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tindakan serta pemantauan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast