Kementerian Pendidikan Malaysia

 

KUALA LUMPUR – Pelajar perempuan yang tercedera dalam insiden tikam di sebuah sekolah di Selangor sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Manakala suspek kes ini pula telah ditahan polis, kata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Menurutnya, JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Tumpuan utama pada ketika ini adalah untuk memastikan murid yang tercedera mendapat rawatan terbaik dan bantuan diberi kepada keluarga.

” Pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPS meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan. – MalaysiaGazette

Pelajar perempuan cedera ditikam di sekolah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast