Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 NOVEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 projek pembangunan berjumlah RM1.05 bilion sedang dilaksanakan bagi menyokong peningkatan kapasiti pendidikan tinggi di Sabah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pembangunan itu menerusi peruntukan Siling Rolling Plan Pertama (RP1) 2026 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“KPT bukan saja memperluas akses pendidikan tinggi berkualiti di Sabah malah memastikan penawaran program sentiasa sejajar dengan keperluan insititusi, keperluan pembangunan negeri, kehendak industri dan aspirasi negara,” katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN-Kinabatangan) yang meminta menyatakan langkah konkrit Kementerian untuk menambah kapasiti dan kepelbagaian program Institusi Pengajian Tinggi Awam di Sabah bagi mengurangkan kebergantungan pelajar kepada kampus di Semenanjung yang meningkatkan kos pengajian, sara hidup dan beban kewangan keluarga.

Menjawab soalan tambahan Halimah Ali (PN-Kapar) berhubung bagaimana KPT mahu mempertahankan daya saing universiti awam di peringkat serantau sedangkan dana penyelidikan dikecilkan.

Zambry berkata, selain peruntukan untuk KPT, kerajaan juga turut meletakkan peruntukan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast