Aurelien Tchouameni. Foto BBC.
LONDON – Usaha Manchester United untuk mendapatkan pemain tengah, Aurelien Tchouameni masih diteruskan namun beberapa halangan utama dilaporkan perlu diselesaikan sebelum sebarang perpindahan boleh direalisasikan.
Pakar perpindahan bola sepak dunia, Fabrizio Romano, pihak Man United telah menjelaskan pendirian mereka berhubung syarat kewangan kepada wakil pemain.
“Difahamkan, Tchouameni hanya akan dipertimbangkan sekiranya dia bersedia menerima pakej gaji yang selari dengan polisi baharu Manchester United yang memberi penekanan kepada keseimbangan kewangan dan keharmonian dalam skuad.
“Pada laporan yang sama, rundingan rasmi antara kedua-dua kelab juga masih belum dimulakan,” tulis di media sosialnya di sini.
Romano menjelaskan Man United belum menerima sebarang petunjuk atau kebenaran daripada Real Madrid untuk membuka perbincangan secara rasmi mengenai perpindahan pemain tersebut.
Katanya, dengan Real Madrid masih berhasrat mengekalkan khidmat Tchouameni, Man United akan terus memantau beberapa pilihan lain di bahagian tengah sebagai langkah persediaan sekiranya usaha mendapatkan pemain Perancis itu tidak menjadi kenyataan.
Tchouameni yang masih mempunyai kontrak sehingga 2028 dianggarkan bernilai sekitar £60 juta (kira kira RM347 juta) dan kekal menjadi antara pemain tengah bertahan terbaik di Eropah. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast