Seorang pengurus kelab malam dipenjara dua hari dan didenda RM17,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau hari ini selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk pada 14 Jun lalu.
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin turut memerintahkan Tan Tiong Peng, 37 tahun, dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda serta menggantung lesen memandunya selama dua tahun.















