Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Ramah Mesra bersama Masyarakat Iskandar Puteri di Johor Bahru. Foto SADIQ SANI, 08 JULAI 2026.

KLUANG – Kepimpinan Barisan Nasional (BN) tertinggi di peringkat Pusat akan memantau pelaksanaan manifesto BN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan semua janji ditunaikan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi memastikan semua janji benar-benar dilaksana dalam penggal akan datang.

Beliau bukan berhasrat untuk sombong, riak ataupun angkuh namun mahu Bangsa Johor bersatu padu dan memberikan sokongan kepada kerajaan baru daripada BN akan dibentuk.

“Kurang daripada 48 jam untuk membuang undi, terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan jentera BN serta Friends of BN, dan kepada apa yang dikategorikan sebagai kumpulan middle ground yang telah bekerja keras untuk membantu memenangkan calon-calon BN di seluruh negeri Johor ini.

“Alhamdulillah mereka telah terbuka minda dan terbuka hati untuk terus menyokong calon-calon BN dan saya ucapkan terima kasih kerana pertambahan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu, kepada calon-calon Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai parti dan pelbagai kaum,” katanya.

“Kita harap ia boleh dipertahankan hingga pukul 6 petang pada 11 Julai nanti,” katanya kepada pemberita ketika hadir dalam program sesi Libat Urus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Negeri Johor di sini hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast