Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dilaporkan telah menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup selepas mengisi borang keahlian parti itu, menurut Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Mohamed Sukri berkata, beliau menerima mesej WhatsApp daripada Isham pada malam semalam yang memaklumkan, hasratnya untuk menyertai Pas dengan beliau bertindak sebagai pencadang manakala, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai penyokong permohonan berkenaan.

Menurutnya, keputusan Isham itu dibuat atas keyakinan untuk memilih Pas sebagai wadah siasah dalam memperjuangkan serta mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Perjuangan Pas sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ikhlas ingin berbakti. Kita tidak membina perjuangan atas dasar kepentingan peribadi, tetapi berasaskan akidah, prinsip dan tanggungjawab untuk memimpin masyarakat dengan nilai-nilai Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan Isham ke dalam Pas dan berharap bekas pemimpin UMNO itu terus diberikan kekuatan, keikhlasan serta istiqamah dalam memikul amanah perjuangan parti.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Mohamed Sukri berkata, seluruh anggota Pas juga diharapkan terus istiqamah mempertahankan Islam, memperkukuh perpaduan ummah serta membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

“Perjuangan ini tidak diukur dengan siapa yang datang paling awal, tetapi dengan siapa yang tetap istiqamah hingga ke akhirnya.

“Selamat datang ke saf perjuangan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.