Foto FB Terengganu FC.

KUALA LUMPUR – Terengganu Football Club (Terengganu FC) mengumumkan kehadiran pemain tengah berpengalaman, Danial Amier Norhisham,bagi memperkuatkan skuad TFC untuk menghadapi saingan musim 2026/2027.

Pemain berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak selama satu musim bersama Terengganu FC selepas beraksi bersama Kuching City FC musim lalu.

Selain itu, Danial Amier juga merupakan pemain kebangsaan Malaysia dan pernah menyarung jersi Harimau Malaya.

Mengulas mengenai penyertaannya bersama Terengganu FC, Danial Amier berkata beliau bertekad untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada pasukan serta bekerja keras dalam setiap sesi latihan dan perlawanan.

“Saya juga berharap dapat menyesuaikan diri dengan segera di bawah kendalian ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan memberikan yang terbaik bagi membantu pasukan mencapai sasaran yang telah ditetapkan sepanjang musim 2026/2027,” katanya di Facebook kelab itu di sini hari ini.

Daniel Amir kelahiran Kuala Lumpur itu juga merupakan bekas ‘arkitek’ Johor Darul Ta’zim (JDT) yang disertai pada 2022 dari Felda United. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast