Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Onn Hafiz selepas majlis istiadat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor mengumumkan esok adalah Cuti Hari Peristiwa bagi negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengisytiharan itu sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Johor yang menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

“Atas limpah perkenan Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail, Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam merupakan Hari Mengundi bagi PRN Johor Ke-16 dengan menyaksikan seramai 1,874,918 atau 68.73 peratus rakyat Johor telah keluar mengundi.

Pada PRN Johor kali ini, Barisan Nasional (BN) Johor diterajui Onn Hafiz selaku pengerusi berjaya mencatat kemenangan besar dengan memenangi 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan 56 kerusi yang ditandingi.

Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh kemenangan di lapan kerusi DUN.

BN Johor berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sebelum Onn Hafiz Ghazi diangkat semula sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua, hari ini.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast