KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Persekutuan Rusia, mengesahkan seorang rakyat Malaysia telah meninggal dunia pada Sabtu lalu, 11 Julai 2026 ketika mendaki Gunung Elbrus di Persekutuan Rusia.
Menurutnya, mendiang adalah daripada kumpulan tiga orang rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di Persekutuan Rusia.
Kedutaan Besar Malaysia di Moscow telah berhubung dengan keluarga mendiang di Malaysia serta dua lagi pendaki bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, akan terus memantau perkembangan kes ini bagi memastikan segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. – MalaysiaGazette
















