Gambar hiasan

MELAKA – Sebanyak 107 kes jenayah seksual direkodkan di Melaka dalam tempoh Januari hingga Mei 2026, dengan kes rogol menjadi penyumbang tertinggi mencatatkan 31 kes.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu melibatkan tujuh kategori kesalahan seksual serta kesalahan di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK 2017)

Mengikut pecahan Statistik Jenayah Indeks Kontinjen Melaka, 31 kes rogol direkodkan bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding 54 kes sepanjang tahun lalu.

“Ia termasuk rogol merangkumi sumbang mahram, berkumpulan, cubaan rogol (31 kes), cabul kehormatan (18), liwat (3), AKSTK 2017 (44), gangguan seksual (8), menghendap (2) dan satu kesalahan memiliki bahan lucah

“Bagi tahun 2025, Melaka mencatatkan keseluruhan 247 kes jenayah seksual, dengan pecahan 110 kes di AKSTKK 2017, 54 kes rogol, 47 kes cabul kehormatan, 25 kes gangguan seksual, enam kes liwat, empat kes menghendap dan satu kes memiliki bahan lucah,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika menjawab soalan lisan Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN- Bemban) pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di Seri Negeri di sini, hari ini.

Statistik itu dikemukakan bagi menjawab soalan mengenai trend kes jenayah termasuk seksual yang dilaporkan di Melaka setakat tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast