Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Bersatu Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan di Haminah Hamid Event. Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 JULAI 2026

NILAI – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengumumkan senarai 22 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan mempertaruhkan gabungan tokoh profesional, usahawan, peguam serta pemimpin muda bagi menghadapi saingan pada 1 Ogos ini.

Pengumuman itu menyaksikan beberapa nama berprofil tinggi diketengahkan termasuk Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang diletakkan di kerusi DUN Sikamat, selain tokoh korporat Datuk V. Saravana Kumar di DUN Nilai serta Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin di DUN. 

Turut disenaraikan ialah beberapa pemimpin parti di peringkat negeri termasuk Muhammad Noraffendy Mohd Salleh @ Affendy Salleh (Serting), Rebin Birham (Palong), Mohd Zuhaimi Md. Yusof (Juasseh), Mohd Nazree Mohd Yunus (Paroi), Dato’ Zamri Md. Said (Linggi) dan Zolazrai Zolkapli (Gemas).

Bersatu turut mempertaruhkan beberapa calon muda termasuk Leevineshwaran Murugan, 23, di Sri Tanjung, Akmal Noradzmi Abd. Rahim, 35, di Kota dan Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus, 37, di Pertang.

Turut bertanding Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) yang diberikan dua kerusi iaitu Mahendran Ramasamy bagi DUN Seremban Jaya dan Leevineshwaraan a/l Murugan di DUN Sri Tanjung.

Selain pemimpin parti, senarai itu turut menampilkan calon daripada pelbagai latar belakang profesional termasuk peguam, ahli perbankan, ahli perniagaan, tokoh korporat serta aktivis masyarakat yang disifatkan mampu membawa pengalaman luas dalam pentadbiran dan pembangunan negeri.

Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan akan menyaksikan pengundian pada 1 Ogos depan, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai.

PRN kali ini dijangka menjadi antara medan tumpuan selepas keputusan Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini, dengan persaingan dijangka sengit membabitkan parti-parti utama di negeri berkenaan.

Senarai calon Bersatu adalah seperti yang berikut:

– N02 Pertang: Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus

– N03 Sungai Lui: Nazrul Hisham Abdul Mansor

– N04 Klawang: Muhammad Adib Musa

– N05 Serting: Muhammad Noraffendy Mohd Salleh @ Affendy Salleh

– N06 Palong: Rebin Birham

– N07 Jeram Padang: Sri Sanjeevan Ramakrishnan

– N09 Lenggeng: Zool Amali Hussin

– N10 Nilai: Datuk V. Saravana Kumar

– N12 Temiang: Fazly Hamid

– N13 Sikamat: Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

– N14 Ampangan: Noor Azah Harun

– N15 Juasseh: Mohd Zuhaimi Md Yusof

– N16 Seri Menanti: Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharidin

– N17 Senaling: Mohd Izaffi Istear khan

– N20 Labu: Mohamad Hanifah Abu Baker

– N22 Rahang: Tang Jay Son

– N23 Mambau: Sarawanan a/l Nagayah (Urimai)

– N24 Seremban Jaya: Mahendran Ramasamy (Urimai)

– N25 Paroi: Mohd Nazree Mohd Yunos

– N28 Kota: Akmal Noradzmi Abd Rahim

– N31 Bagan Pinang: Sheikh Junaidy

– N32 Linggi: Datuk Zamri Md Said

– N33 Sri Tanjung: Leevineshwaraan a/l Murugan

– N34 Gemas: Zolazrai Zolkapli

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast