Wakil masyarakat Orang Asli Kampung Cot, Maran, Pahang berada di hadapan kediaman Perdana Menteri, hari ini. Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu pertikaian tanah yang membabitkan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot, Maran, Pahang bersama kerajaan negeri.

Ini kerana menurut beliau, isu tersebut berada di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri Pahang.

“Saya sempat berhubung menerusi telefon dengan wakil masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran yang hadir di kediaman saya petang tadi.

“Saya mendengar permasalahan yang dihadapi mereka terkait pertikaian tanah selain penahanan tiga penduduk Orang Asli dari kampung mereka.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa mereka yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan oleh pihak polis,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak memanipulasikan perkara ini sebaliknya diselesaikan secara adil dan berhemah mengikut lunas undang-undang. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast