Proses penamaan calon bagi empat DUN dalam Parlimen Rembau iaitu Paroi, Rantau, Chembong dan Kota selesai dengan lancar apabila semua borang pencalonan diterima tanpa sebarang penolakan.
Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru jentera parti menjalankan gerak kerja secara tersusun dan teratur sepanjang tempoh kempen, selain memastikan pendekatan berkempen dilakukan secara sihat dengan menyampaikan manifesto serta hasrat kepada rakyat.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #barisannasional















