KUALA LUMPUR: Bayangkan menikmati panorama Laut Andaman ketika matahari terbenam, ditemani angin laut yang nyaman sebelum malam dihangatkan dengan persembahan secara langsung daripada Hazama dan Black Hanifah. Itulah pengalaman eksklusif yang bakal ditawarkan menerusi SUKA Showcase @ Sea yang dibawakan oleh Olive & Rose Travel Services.
Menggabungkan elemen pelancongan, hiburan dan gaya hidup dalam satu pakej, program ini menawarkan pelayaran 3 Hari 2 Malam dari Port Klang ke Phuket pada 20 hingga 22 Disember 2026, sekali gus memberikan pengalaman berbeza berbanding percutian konvensional.
Menurut Olive & Rose Travel Services, konsep ini diperkenalkan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang mahukan percutian bukan sekadar melihat destinasi, tetapi turut membawa pengalaman yang sukar dilupakan.
Lebih menarik, harga pakej bermula daripada hanya RM1,899 seorang dan sudah termasuk tiket menyaksikan SUKA Showcase @ Sea bersama Hazama dan Black Hanifah. Pakej ini turut merangkumi penginapan di atas kapal, hidangan sepanjang pelayaran serta akses kepada pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan.
Peserta juga berpeluang menikmati singgah di Phuket, selain meneroka pelbagai kemudahan bertaraf antarabangsa di atas kapal seperti restoran, persembahan hiburan, dek terbuka, aktiviti rekreasi dan pelbagai lagi.
Tiga pilihan kabin ditawarkan mengikut keselesaan dan bajet pelanggan iaitu Interior Stateroom bermula RM1,899 seorang, Oceanview Stateroom bermula RM1,999 seorang dan Balcony Stateroom bermula RM2,099 seorang berdasarkan perkongsian berdua.
Dengan gabungan pelayaran antarabangsa, persembahan artis terkenal tanah air dan pengalaman percutian premium, SUKA Showcase @ Sea dijangka menjadi antara produk pelancongan paling unik yang menutup tirai tahun 2026.
Orang ramai yang berminat disarankan membuat tempahan awal kerana jumlah kabin adalah terhad.
Harga pakej termasuk tiket SUKA Showcase @ Sea bersama Hazama & Black Hanifah. Harga tidak termasuk caj pelabuhan (port charges) dan bayaran gratuity.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi Olive & Rose Travel Services di talian 03-7732 2026 atau WhatsApp 013-7248 757.
















