Bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bercakap kepada media selepas Program Moh Sarapan Pagi Bersama KJ sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 ketika di Dataran Pekan Lenggeng, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2026.

LENGGENG – Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan mana-mana pihak supaya berhenti menjadikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai kambing hitam setiap kali timbul isu berkaitan kerajaan.

Beliau berkata, tindakan menyalahkan UMNO atas kegagalan menunaikan janji atau kelemahan pentadbiran bukan pendirian yang wajar diteruskan.

“Saya nampak setiap kali naik pentas, salahkan BN, salahkan UMNO. Janji tidak ditunaikan pun salah UMNO.

“Itu bukan pendirian yang boleh kita terima,” katanya ketika berkempen di kerusi N.09 Lenggeng, di sini, hari ini.

Khairy menegaskan BN tetap memilih untuk bersikap profesional dengan meneruskan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal. Ia demi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.

“Pendekatan itu penting ketika negara masih berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan ketidaktentuan geopolitik antarabangsa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast