Gambar ihsan JBPM Pahang

PEKAN – Enam maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dengan lori 1 tan di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh, berhampiran Klinik Desa Jambu Rias, Bentong awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, kejadian dilaporkan kira-kira jam 4.24 pagi.

“Komander Operasi melaporkan enam lelaki berbangsa India berusia lingkungan umur 16 tahun hingga 25 tahun dalam kereta Toyota Vios tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan KKM.

“Manakala, pemandu lori berusia 31 tahun dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata, kesemua mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast