Seorang pemuda tempatan ditahan di Iskandar Puteri hari ini kerana memuat naik hantaran jelik dan menghina Islam.

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang pemuda di Iskandar Puteri awal pagi ini kerana menghina agama Islam menerusi hantaran dalam Facebook miliknya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menahan suspek tempatan berusia berusia 37 tahun itu pada pukul 1 pagi.

“Tangkapan dibuat bersabit hantaran dimuat naik dalam Facebook atas nama Parthiban Ragu yang mengandungi unsur hasutan menghina agama Islam.

“Pada pukul 12.38 pagi tadi polis Kontinjen Johor menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang melihat satu hantaran tular dalam Facebook (sebelum hantaran itu) dimuat naik (semula ) pemilik akaun Fadzil Zahari,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan semakan, pemilik akaun Facebook tersebut berkongsi beberapa tangkap layar yang dimuat naik dalam akaun Facebook Parthiban Ragu yang menghina agama Islam serta menggunakan ungkapan jelik dan lucah terhadap Nabi Muhammad SAW.

Kata ab Rahaman, suspek kemudian berjaya ditangkap dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau memberitahu, turun dirampas daripada suspek dua buah telefon bimbit.

Jelasny, siasatan dijalankan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi dan dibenarkan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa ini.

“Polis Johor memberi peringatan tegas kepada semua pihak agar tidak sesekali menyentuh atau membangkitkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) dalam apa jua bentuk yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam,” ujarnya.

Pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada balai polis berhampiran dan talian hotline polis Johor 019-2792095 atau talian bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor 07-2212999.

Terdahulu tular hantaran terbabit yang menimbulkan kemarahan orang ramai dan meminta pihak bertanggungjawab jawab ditahan segera.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

MCMC kerjasama dengan PDRM siasat kes hina agama Islam di Facebook

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Wartawan ni, boleh tak buat berita bg mudah org faham. Siapa yg polis cekup? Baca sekali lalu seolah2 Fadzil Zahari yg kena cekup sbb muatnaik semula tulisan Penghina Islam tu.

  2. Wartawan ni, boleh tak buat berita bg mudah org faham. Siapa yg polis cekup? Baca sekali lalu seolah2 Fadzil Zahari yg kena cekup sbb muatnaik semula tulisan Penghina Islam tu.

Comments are closed.