Seorang penunggang basikal wanita berusia 34 tahun cedera parah di bahagian kaki selepas digilis sebuah lori tangki membawa bahan bakar.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam di Kilometer 4.5 Jalan Seremban-Port Dickson ketika mangsa bersama beberapa penunggang basikal lain dari arah Port Dickson menuju Lukut.















