Pelarian Rohingya berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas dipindahkan dari Hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JULAI 2026.

KUALA LUMPUP – Seramai 113 pelarian yang ditempatkan sementara di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini diberikan kebajikan asas dan penyediaan makanan lima kali sehari.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, kumpulan pelarian berkenaan berada di bawah jagaan IPK Kuala Lumpur melibatkan pelbagai peringkat umur termasuk wanita, kanak-kanak serta bayi.

Mereka kini ditempatkan di kawasan berbumbung bersama  beberapa barangan peribadi masing-masing dan pihak polis turut memberikan perhatian daripada segi penyediaan keperluan asas seperti makanan lima kali sehari, air mineral dan susu untuk bayi.

Pelarian Rohingya berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas dipindahkan dari Hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JULAI 2026.

Sepanjang berada lokasi itu turut kelihatan aspek kemanusiaan menjadi keutamaan dengan kehadiran pasukan paramedik dari badan bukan kerajaan (NGO) dengan memberikan rawatan serta-merta kepada pelarian yang kurang sihat.

Ketika suasana tenang, salah seorang wanita Rohingya dilihat menangis serta meraung seperti merayu mahu dibebaskan daripada keadaan itu sejurus kehadiran pihak media di lokasi berkenaan namun keadaan terkawal selepas dipujuk oleh pasukan paramedik NGO.

Difahamkan, IPK Kuala Lumpur bertindak sebagai pemudah cara dalam menguruskan kebajikan dan keselamatan kumpulan itu sementara menunggu pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menyediakan penempatan yang lebih sesuai.

Pelarian Rohingya berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas dipindahkan dari Hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JULAI 2026.

Selain 110 warga Rohingya, tiga lagi individu yang turut dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur sejak semalam melibatkan seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.

Hasil pemeriksaan dan proses dokumentasi yang dijalankan oleh pihak polis di pekarangan Dataran Wira hari ini mengesahkan bahawa kesemua mereka mempunyai dokumen UNHCR yang sah.

Suasana lengang di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di hadapan pejabat UHNCR di Jalan Bukit Petaling di sini mendapati kawasan itu kini lengang dan tidak sesak dengan kehadiran warga asing selain tiada  khemah sementara yang dibina di kawasan sekitar seperti yang berlaku semalam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast