Sumber JBPM Pahang

TEMERLOH – Tiga maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Besar Maran dekat Kampung Paya Pasir di sini hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, kejadian kira-kira 6 pagi itu membabitkan sebuah Perodua Alza dan Perodua Myvi.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bergegas ke lokasi.

“Tiada mangsa dilaporkan tersepit dan bomba memberikan rawatan awal serta mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Terdapat tiga lelaki berusia 18, 20 dan 21 tahun menaiki Perodua Alza manakala Perodua Myvi dinaiki dua wanita yang tidak membawa pengenalan diri.

Mohd Salahuddin berkata, pemandu Alza itu dan kedua-dua wanita menaiki Myvi bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia akibat kemalangan tersebut oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

Justeru, jasad mereka telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala, dua lagi lelaki yang terlibat pula mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk diberikan rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast