KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendedahkan pembayaran hibah yang tinggi menjadi antara penyumbang kepada krisis kewangan agensi tersebut.
Menurutnya, keghairahan membayar agihan keuntungan yang tinggi sejak 2014 hingga 2017 telah melampaui kemampuan kewangan TH hingga menyebabkan rizabnya menyusut.
Pembayaran hibah yang tinggi telah menarik para pendeposit mencari pulangan tinggi, namun mengakibatkan TH tergelincir daripada matlamat penubuhannya.
Ia kerana, tindakan tersebut mendedahkan TH kepada risiko pendeposit besar mengeluarkan deposit sekiranya agihan hibah diberikan terlalu rendah.
“Ini berlaku pada tahun 2019 selepas agihan hibah pada kadar 1.25% terdapat pengecutan dalam deposit hingga saiznya menurun kira-kira RM73 billion sebelum pengumuman hibah kepada RM69 bililon pada akhir 2018.
“Oleh kerana tekanan untuk mengisytiharkan hibah lebih tinggi, TH terpaksa mengambil risiko pelaburan berlebihan berbanding apa yang sewajarnya. Pelaburan TH lebih cenderung kepada ekuiti yang cenderung kepada ekuiti yang terdedah kepada turun naik pasaran,” menurut laporan tersebut.
Pengurusan TH juga telah membuat amalan perakauan kreatif bagi pengisytiharan hibah yang tinggi apabila dalam tempoh 2014 hingga 2017 tidak menggunakan nilai asset seperti yang dilaporkan dalam Penyata KEwangan Tahunan TH yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN).
Sebaliknya, TH menggunakan nilai aset yang boleh direalisasikan (RAV) dalam menentukan pematuhan Seksyen 22, Akta 535.
Penggunaan RAV dalam pengiraan agihan hibah menjadikan nilai aset lebih tinggi berbanding nilai yang dinyatakan dalam Laporan Penyata Kewangan Beraudit TH.
Laporan RCI itu turut mendedahkan tiada pelarasan dibuat ke atas nilai pelaburan yang telah susut berbanding nilai pelaburan asal.
Namun, pengurusan TH memberi alasan bahawa Seksyen 22 Akta 535 tidak mempunyai definisi aset yang jelas, oleh itu, pihak pengurusan mempunyai hak untuk menentukan bagaimana nilai aset berkenaan dikira.
Dalam pada itu, RCI turut mendapati penyata kewangan TH dari tahun 2014 hingga 2017 telah diberi Sijil Audit Bersih walaupun laporan audit untuk tahun kewangan 2017 ada menyebut tentang “Emphasis of Matter”.
Ketua Audit Negara (KAN) telah mempertimbangkan perkara-perkara di luar skop audit dalam penemuannya semasa Penyata Kewangan 017.
“Jelas bahawa JAN tidak tegas dalam pengauditan penyata kewangan TH. JAN tidak sepatutnya membei Sijil Audit Bersih. Tanpa Sijil Audit Bersih, TH tidak sepatutnya mengisytiharkan hibah tahunan pada kadar 4.50% dan agihan hibah haji 1.75% yang telah menelan belanja sehingga RM2.75 bilion pada tahun kewangan 2017.
Suruhanjaya mendapati ketidaktegasan JAN apabila jabatan itu gagal menegur TH berkaitan pemberian hubah yang tinggi sepanjang tahun 2014 hingga 2017.
Selain itu penambahan visi TH sebagai tonggak ekonomi ummah telah menyumbang kepada krisis TH.
Melalui visi ini TH telah melibatkan diri dalam pelaburan hartanah dan perladangan secara besar-besaran sedangkan tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran dan mengakibatkan ia mengalami kerugian besar terutama anak-anak syarikat. – MalaysiaGazette

















Deposit meengecut disebabkan fitnah oleh Rapizi dan Pakatan Harapan menyebarkan pendeposit mengeluarkan wang besar2 dari akaun mereka..dakwaan fitnah Rapizi kemudiannnya digugurkan oleh kerajaan PH sama yg mereka buat bila mrk gugurkan dakwaan rasuah Lim Guan Eng..