Ahli dan penyokong BN bersorak pada pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Wisma UMNO Negeri, Seremban. Foto FAREEZ FADZIL, 01 OGOS 2026.

 

SEREMBAN – Gabungan persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) difahamkan sedang mendahului kemenangan di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, persefahaman itu dilaporkan telah mendapat dua pertiga kerusi.

“BN-PN berjaya membentuk kerajaan 2/3 dengan mendahulukan 25 DUN,” katanya di Wisma UMNO Negeri Sembilan.

Hadir adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan kepimpinan utama BN.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Linggi dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Pengumuman itu menyaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kalah di DUN Linggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast