Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah cermin lima kenderaan di kawasan tempat letak kereta di Desa Mentari, di Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, semua suspek ditahan di sekitar daerah berkenaan.















