KUALA LUMPUR – Seorang komposer warga asing ditahan selepas disyaki memukul dan mengugut seorang penuntut lelaki tempatan di sebuah kawasan kediaman di Sungai Besi, di sini pada 11 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubug kejadian itu daripada mangsa berusia pertengahan 30-an.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah melakukan serbuan di sebuah unit kediaman di Razak City Residences sekitar jam 1.51 pagi, pada 26 Julai lalu
Susulan itu, suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai komposer ditahan reman sehingga 10 Ogos ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.
Mohd Rosdi berkata, kertas siasatan kes sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette
















