SEREMBAN – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan baharu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini pagi esok.
Menerusi jemputan dikeluarkan Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pengamal media dijemput membuat liputan bermula 9.45 pagi.
Istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ismail Lasim.
Ismail merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, mengangkat sumpah Menteri Besar di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti, pada Ahad lepas.
Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri baharu selepas meraih 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada Sabtu.
BN memperoleh 18 kerusi DUN manakala PN mendapat tujuh kerusi, sekali gus membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
Pakatan Harapan pula meraih 11 kerusi DUN manakala DAP, sembilan kerusi.
— BERNAMA
















