Dato Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Bekas Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional
SAYA terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan berkenaan dengan perkembangan politik semasa pasca PRN Negeri Sembilan.
Saya bercakap atas dasar ilmu, pengalaman dan keterlibatan langsung saya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Johor.
Pada hemat saya, PRN di Negeri Sembilan adalah the real battle for BN serta kerjasama parti itu dengan Perikatan Nasional (PN).
PRN Johor pula adalah unic by its own. Sebagaimana dimaklumi, di Negeri Sembilan, segala gerak kerja pilihan raya dilakukan secara bersama atas semangat Satu Kerjasama politik yang bertunjangkan matlamat yang sama iaitu untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Akhirnya BN telah memenangi dengan 18 kerusi dan hanya memerlukan satu kerusi sahaja untuk mencukupi bagi BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti yang mudah.
Dan disinilah dilemanya. Apakah BN akan kembali bersama PH yang mendapat 11 kerusi atau BN akan dengan teman yang baru iaitu PN yang hanya memenangi 7 kerusi?
Rakyat menunggu dengan penuh suspen kerana telah berlaku kejutan yang besar dalam perlantikan Menteri Besar Negeri Sembilan. Justeru itu, ini juga akan menjadi suspen kedua bukan sahaja kepada rakyat negeri tersebut tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya khususnya pemain politik.
Secara jujur dan sebagai seorang yang amat mengenali Presiden UMNO, saya amat yakin bahawa Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN yang partinya memenangi kerusi terbanyak, pastinya tidak akan mengambil keputusan harakiri yang bertentangan dengan kehendak massa khususnya orang Melayu yang sudah semakin gembira dengan mood kerjasama penyatuan politik ini.
Maknanya, saya yakin bahawa kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan negeri yang berasaskan BN dan PN.
BN adalah satu parti yang bersifat multiracial kerana di dalamnya terkandung parti-parti yang mewakili bangsa Cina, India dan lain-lain seperti MCA dan MIC.
Jadi tidak, akan timbul sebarang isu berbangkit mengenai untung nasib kaum selain Melayu jika kerajaan negeri berasaskan BN dan PN dibentuk di Negeri Sembilan.
Juga pastinya kebijakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru iaitu Datuk Seri Ismail Lassim dalam membuat keputusan akan perkara ini juga tidak perlu kita pertikaikan sama sekali.
Beliau adalah pemimpin parti di Negeri Sembilan yang cukup kanan dan amat cukup memahami segalanya luar dan dalam. Terima kasih.
-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
















