KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Eusoff Chin meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun.
Allahyarham berkhidmat dari 25 September 1994 hingga 19 Disember 2000 menggantikan Tun Abdul Hamid Omar.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anak perempuannya, Zuliana menerusi hantaran WhatsApp hari ini.
Menurut Zuliana, Allahyarham meninggal dunia pukul 1 pagi manakala jenazah telah dibawa pulang ke kediamannya dan akan disempurnakan di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya dekat sini.
“Dengan penuh dukacita, saya Zuliana ingin memaklumkan pemergian ayahanda tercinta kami Mohd Eusoff bin Chin pada hari ini, Jumaat, 7 Ogos 2026, bersamaan 24 Safar 1448H, pada jam 1 pagi.
“Insya-Allah kami akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa di dalam group whatsapp ini mengenai urusan seterusnya.
“Kami mohon doa daripada semua agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham, mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” demikian menurut hantaran itu. – MalaysiaGazette
















