Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.- Kredit UMNO Online.

KUALA LUMPUR – Tindakan menyalurkan peruntukan kewangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat kepada pihak lain didakwa sebagai amalan ‘sakau’ secara terang-terangan.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar berkata, lebih parah lagi apabila peruntukkan yang telah disakau, diserahkan pula kepada mereka yang tidak layak dan tidak dipilih oleh rakyat.

Sebaliknya, peruntukan tersebut diserahkan kepada proksi yang bersifat lantikan politik seperti Setiausaha Politik Perdana Menteri dan Ketua Cabang parti.

“Dalam hal ini, saya amat menyokong dan bersama dengan ahli-ahli Parlimen PKR ini atas dasar mereka adalah pihak yang layak menerima peruntukkan di bawah kapasiti sebagai Ahli Parlimen.

“Oleh itu, tindakan YAB PMX adalah sesuatu yang dianggap di luar norma atau batas demokrasi yang sihat dan bermoral,” katanya dalam hantaran melalui Facebook.

Semalam, lima ahli Parlimen daripada PKR menyatakan kekecewaan dan bantahan apabila peruntukan kewangan untuk Parlimen masing-masing melalui MyKhas disekat.

Mereka dalam kenyataan bersama menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa serius.

Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung sebelum ini mendakwa akses MyKhas mereka telah disekat.

Tindakan itu sekali gus menafikan hak mereka untuk menguruskan peruntukan Parlimen masing-masing bagi membiayai program, aktiviti dan kebajikan rakyat.

“Akhir kata, ini style baru sakau, sakau secara terang-terangan peruntukkan kepada yang berhak dinafikan kepada proksi politik demi dendam kesumat dan tindakan intimidasi kepada yang dianiayai. Sekali gus sakau ini akan menyebabkan rakyat dikawasan terkesan. Kesian,” ujar Gulam. – MalaysiaGazette

Sejak bila proksi lebih berkuasa daripada ahli Parlimen dipilih rakyat?”- Lima MP PKR persoal Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast