PADA dasarnya, peranan zoo adalah untuk memelihara dan memulihara, sebagai tempat pendidikan awam, destinasi penyelidikan baka haiwan dan kawasan rekreasi untuk pencinta haiwan secara khususnya bagi memastikan spesies hidupan liar dapat bermandiri dan dipelihara dengan baik berdasarkan prosedur pemeliharaan zoo antarabangsa iaitu World Association Zoo and Aquariums (WAZA) atau dikenali sebagai Pertubuhan Zoo-Zoo dan Akuarium-Akuarium Antarabangsa.
Mengikut WAZA telah diperincikan dengan jelas bahawa setiap hidupan liar mesti dijaga kebajikannya agar kemandirian hidupan liar terjamin dalam memastikan hidupan liar bebas dan hidup secara baik sepanjang hayatnya.
Selaku Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM), saya mennegaskan bahawa habitat sebenar atau pusat konservasi yang telah dibuat seakan habitat sebenar adalah pusat pembiakan spesies trancam walaupun dipelihara di mana-mana zoo.
Sehubungan iti, pihak PERKAM bersama aktivis pencinta haiwan yang lain mahu isu tiga ekor gajah iaitu (DAK) yang telah dihantar ke Zoo Tennojin diberi informasi berkala berdasarkan persoalan kebajikan dan keselamatan DAK yang amat membimbangkan pada masa kini.
Malahan rakyat Malaysia bersuara agar DAK dikembalikan semula ke Malaysia kadar segera akibat kegagagalan pengurusan kebajikan mereka (DAK),
Gajah-gajah di hutan dapat memperkayakan teknik pemakanan mereka dengan adanya kawasan perantauan yang luas.
Gajah-gajah suka menggigit batang kayu, kulit kayu, batang pisang, menyodok tanah, makan tebu dan rotan malahan memakan buah-buahan hutan.
Ini menjelaskan bahawa gajah perlu kawasan yang luas dan dapat praktikan teknik pencarian makanan secara bebas bukannnya dengan latihan menggigit batang besi, rantai besi mahupun jaring makanan (hay).
Presiden PERKAM mempesoalkan kebajikan gajah-gajah DAK di Zoo Tennojin yang boleh diberikan bahan makann semulajadi yang lebih padu seperti bongkah kayu, batang tebu, batang pisang, rotan dan apa-apa sahaja bahan makanan yang lain agar teknik pemakanan mereka terjamin.
Tidak perlu berikan jaring makanan mahupun rantai untuk bermain cara makan.
Berikan mereka bahan semulajadi yang lebih relevan untuk mengaktifkan tenbik pemakanan dan daya pemikiran gajah-gajah di dalam kurungan.
Saya menyangkal latihan penggunaan jarring makanan yang disebut oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) seolah-olah jawapan tersebut adalah sebagai perisai jabatan berkenaan dalam menjawab isu terkini.
Persoalannya sekarang, siapa yang membuat audit kebajikan dan keselamatan sedangkan pihak mereka di antara pihak Zoo Taiping dan Zoo Tennojin tidak boleh diiktiraf segala hujah mereka kerana ada dasar pentingkan diri sendiri (fakta yang disangsi atau tidak relevan atau berat sebelah).
Saya mahu pihak PERILITAN bersuara kerana jabatan ini adalah jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia dan yang telah dihantar ke luar negara.
Isu DAK yang amat serius akibat kebajikannnya yang tidak terpelihara dapat diperhatikan melalui durasi video yang panjang berkaitan tingkah-lakunya yang amat membimbangkan pada masa kini pada setiap hari.
Para aktivis gajah yang berada di Osaka, setiap hari menghantar insiden dan tingkah laku DAK yang dapat ditafsirkan secara berkala, tiga ekor gajah ini dalam keadaan dilema kerana terdapat permasalahan yang sentiasa wujud akibat pengurusan Zoo Tennojin yang tidak begitu berdaya dalam mengurus gajah-gajah dari Malaysia.
PERKAM mahu ketua jabatan PERHILITAN iaitu Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang merupakan orang paling bertanggungjawab dalam isu DAK ini bersuara.
Pada 10 Mac 2026 ketiga ekor gajah DAK telah dihantar secara senyap-senyap ke Osaka dan diterbangkan pada 11 Mac 2026 melalui KLIA dan kini sudah lima bulan mereka berada di tanah Jepun dalam keadaan yang membimbangkan di mata pencinta alam.
Selama lima bulan terseksa gajah-gajah kita di Osaka akibat kurungan yang tidak sesuai, cuaca yang berbeza, prasarana yang buruk, kualiti air kolam yang mundur, keluasan kawasan yang kecil, suasana habitat luar biasa bukannya hutan dan pemakanan yang tidak menguntungkan terhadap DAK.
Gajah jantan Kelat sudah lama menunjukkan sikap tidak puas hati yang telah dibuktikan dengan patahnya gading pada awal ketibaan di Zoo Tennojin dan akhirnya beberapa kali menunjukkan kesan turun minyak yang mengakibatkan dirinya terseksa hidup secara paksa untuk pameran orang-orang Jepun di sana.
Saya juga mempersoalkan peranan ketua Jabatan PERHILITAN yang senyap membisu seakan tiada sebarang isu terjadi dan dengan ini dapat disangsikan bahawa terdapat banyak insiden kesalahan pengurusan yang telah ditandatangani oleh ketua jabatan berkaitan, daripada sudut dokumen pelupusan asset benda hidup, resit dan permit penghantaran, log masuk dan log keluar harta kerajaan, penggunaan platform Zoo Taiping & Nidght safari sebagai nama pusat pemindahan sedangkan DAK adalah berasal dari Pusat Konservasi Kuala Gandah, Pahang dan tatacara kelola jabatan PERHILITAN yang mempunyai kelompangan ketelusan pendokumentasian DAK ke Jepun.
Kelemahan teknik pembiakan paksa (force breeding) yang dang diamalkan oleh kakitangan zoo yang boleh mengakibatkan antibody gajah Kelat yang akan jadi lemah kerana dipaksa dibiak secara paksa bagi membuktikan kejayaan pembiakan gajah di Zoo Tennojin.
Sedangkan sehingga kini tiada sebarang rekod kejayaan pembiakan di zoo tersebut bagi gajah yang dipelihara sebelum malahan kematian yang menyedihkan pernah terjadi .
Walaupun sudah tahu kegagalan Zoo Tennojin Osaka dalam memelihara haiwan gajah, Malaysia masih akur untuk hantar ke satu lokasi yang lebih mundur gajah-gajah kita iiatu DAK seperti menghantar khaznah kita untuk mati disana.
Ia adalah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh Zoo taiping & Night Safari dan PERHILITAN termasuk Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar yang pada dasarnya tidak bertanggungjawab terhadap khazanah negara.
Bagi menjayakan insiden ini, pihak Zoo Tennojin disangsi sedang menjalankan suntikan hormon penggalak mengawan bagi memastikan gajah jantan (Kelat) terus berusaha berkali-kali untuk mengawan.
Pembiakan paksa sebegini yang kerap dilaksanakan jika berlaku, boleh menyebabkan sistem saraf terganggu dan akhirnya gajah tersebut boleh lemah dan jatuh sakit.
Gajah boleh menjalani sistem pembiakan secara semulajadi dan tak perlu manusia menggangu sifat semulajadi tersebut.
NGO, PERKAM juga mempersoal kehadiran mahut penembak pelali ke Zoo Tennojin atas faktor apa?
Adakah untuk membantu melalikan gajah Kelat bagi memasukkan hormon perangsang mengawan atau untuk melatih pekerja Jepun untuk belajar cara menggunakan pelali tersebut bagi menjalankan proses pembiakan paksa terhadap gajah kita di sana.
Pengunaan ubat pelali kerap digunakan bagi haiwan di habitat sebenar untuk pemindahan ke tempat selamat.
Insiden turun minyak yang kerap berlaku terhadap gajah jantan iaitu Kelat sudah banyak kali malahan sebanyak dua kali telah dikurung berasingan daripada gajah Amoi dan Dara.
Saya merasakan adanya gangguan terhadap emosi gajah Kelat akibat pengurusan yang tidak relevan yang kita perlu ketahui.
Malahan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dalam hujah rasminya pada 23 Mei 2026 telah menyatakan tiada sebarang insiden pembiakan paksa dilakukan berdasarkan memorandum perjanjian DAK tersebut.
Namun rakyat Malaysia masih sangsi dan dapat melihat melalui paparan video-video pada setiap hari keadaan gajah DAK yang tidak tenteram malahan kerap sekali terjadinya insiden tingkah laku yang kurang baik terhadap gajah Kelat di sana.
Presiden PERKAM mewakili rakyat Malaysia mahu satu badan ketiga yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak yang terdiri daripada wakil ketiga doktor veterinar, aktivis gajah dan pencinta alam dapat memantau situasi sebenar keadaan tiga ekor gajah (DAK) yang kini berada di Zoo Tennojin Osaka.
Penilaian dan pemantaun pihak ketiga dalah cara terbaik bagi memastikan bukti sebenar keberadaan gajah-gajah kita di zoo tersebut dalam keadaan selamat atau tidak?
Rakyat Malaysia mahukan kesejahteraan DAK terpelihara dan sebagaimana kata-kata YDP MPT, jika dapat dibuktikan terjadinya pembiakan paksa mahupun keabaian kebajikan gajah DAK terbukti, memorandum tersebut akn terbatal dengan sendirinya maka ketiga-tiga gajah tersebut seharusnya dikembalikan ke habitat sebenar di Malaysia pada kadar segera.
Prof. Dr. S. Santharasekaran
Pengasas & Presiden
Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia &
Renjer Konservasi Alam Malaysia
















