Pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun dihentikan serta merta berikutan masalah yang dihadapi oleh pengguna.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu diambil sehingga isu terbabit diselesaikan dengan pihak syarikat penerbangan dan International Civil Aviation Organization ICAO.















