KUALA LUMPUR – Speedy Tigers bermula sumbang pada aksi pertama Kejohanan Hoki Piala Dunia 2026 Belgium Belanda apabila tewas 1-5 kepada Jerman dalam perlawanan pertama Kumpulan B, sebentar tadi.
Kehebatan juara dunia itu jelas menepati ramalan di mana keputusan itu sekali gus turut menambah luka skuad kendalian Brendon Carolan yang gagal membalas dendam
selepas kecewa dengan keputusan 1-10 pada pertemuan sebelum ini dua tahun lepas.
Pada perlawanan di Arena Hoki Belfius itu, skuad negara hanya memperoleh jaringan tunggal menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal yang menyudahkan
pukulan sudut penalti pada minit ke-40.
Sementara itu, Carolan mengakui kecewa dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya dan menyifatkan skuad Speedy Tigers tidak beraksi pada kebolehan sebenar mereka.
Beliau berkata demikian menerusi video yang dikongsi oleh Konfederasi Hoki Malaysia.
Selepas ini, anak didik Brendon Carolan akan berdepan satu lagi tugas sukar apabila menentang Perancis yang berada di ranking kesembilan dunia pada Isnin nanti. – MalaysiaGazette
















