KUALA LUMPUR – Terengganu FC mengumumkan ketibaan bek kiri muda, Pavithran Gunalan sebagai pemain baharu pasukan bagi menghadapi saingan musim Liga Malaysia 2026/27.
Pemain tengah berusia 21 tahun itu menyertai kelab Liga Super itu dengan kontrak selama satu musim sekali gus menambah pilihan serta kekuatan di bahagian tengah pasukan.
Pavithran merupakan antara pemain muda Harimau Malaya yang sedang meningkat naik, dengan potensi serta kualiti yang semakin mendapat perhatian dalam kancah bola sepak tempatan.
“Kehadirannya di Terengganu FC dijangka memberikan dimensi baharu kepada jentera tengah pasukan di bawah kendalian Nafuzi Zain seiring dengan perancangan pasukan untuk membentuk skuad yang lebih kompetitif bagi menghadapi musim baharu.
“Dengan gabungan tenaga muda, pengalaman di peringkat kelab serta pendedahan bersama skuad kebangsaan, Pavithran diharapkan mampu memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan terbaik sepanjang bersama Terengganu FC,” katanya kelab itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pavithran menjadi tumpuan peminat apabila mempamerkan aksi cemerlang membantu Malaysia mara ke separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN 2026 baru-baru ini.
Bintang muda Harimau Malaya itu turut menghasilkan beberapa jaringan dalam aksi peringkat kumpulan termasuk tandukannya ketika menentang Filipina bagi mengesahkan tiket ke separuh akhir kejohanan berkenaan. – MalaysiaGazette
















