UMNO menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) mesti sentiasa dihormati dan seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan serta disabitkan oleh mahkamah.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu turut menegaskan tidak akan mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan atau penyimpangan yang dilakukan mana-mana pihak termasuk ahli dan kepimpinan parti.















